Wednesday, July 16, 2008

Pembimbing Masa Depan

Barisan Pembimbing Masa Depan

Generasi Baru Kembali Ajaran Warisan



lagu kami guru Malaysia..

Walaupun generasi kini perlu terus pandang kehadapan bagi membina masa depan yang cemerlang, namun golongan ini masih perlu toleh ke belakang agar warisan zaman tidak ditinggalkan. Kebudayaan zaman berzaman perlu diajar dan dididik agar warisan agung kita tidak pupus dik zaman. Tidak dinafikan akademik penting dan penentu masa depan, namun kita mestilah mempelajari ilmu warisan agar kita mengenali asal usul dan menyayangi kemerdekaan ini. Marilah bersama menjadikan ilmu warisan sebagai perkara wajib dalam hidup.
-salam-

Monday, July 7, 2008

S.K. Kampung Baru Bina Generasi Pemimpin

153 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sertai kem motivasi bersama siswa dan siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kem motivasi yang berlangsung selama dua hari ini telah mendedahkan kepada pelajar sekolah berkenaan akan pentingnya sikap kepimpinan untuk berjaya dalam segala bidang.

Menurut fasilitator kem berkenaan, Abdul Ghafar Zaini, 21, "jangkaan awal peserta yang akan menyertai kem ini hanya seramai 100 orang, namun apa yang mengejutkan kami, seramai 150 orang lebih pelajar yang datang untuk mendaftar".

Galakan dari ibu bapa menjadi teras utama kejayaan program motivasi ini. kehadiran ibu bapa yang sanggup bersama-sama siswa dan siswi dari bermulanya program sehingga tamat meyakinkan lagi peserta untuk mengaut segala ilmu yang dibawa dari UPSI.

Program ini merupakan langkah awal siswa dan siswi UPSI dalam membina generasi masa depan. Tindakan Biro Akademik dan Kerjaya Kolej Za'ba UPSI yang mewujudkan konsumer program motivasi untuk semua sekolah diseluruh Malaysia merupakan tindakan yang patut disokong dan dijadikan contoh kepada siswa dan siswi lain.

Semoga segala usaha dan cita-cita yang diimpikan siswa dan siswi ini akan menjadi kenyataan dan dapat membantu negara dalam membina generasi pemimpin masa depan.
-salam-