Monday, July 7, 2008

S.K. Kampung Baru Bina Generasi Pemimpin

153 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sertai kem motivasi bersama siswa dan siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kem motivasi yang berlangsung selama dua hari ini telah mendedahkan kepada pelajar sekolah berkenaan akan pentingnya sikap kepimpinan untuk berjaya dalam segala bidang.

Menurut fasilitator kem berkenaan, Abdul Ghafar Zaini, 21, "jangkaan awal peserta yang akan menyertai kem ini hanya seramai 100 orang, namun apa yang mengejutkan kami, seramai 150 orang lebih pelajar yang datang untuk mendaftar".

Galakan dari ibu bapa menjadi teras utama kejayaan program motivasi ini. kehadiran ibu bapa yang sanggup bersama-sama siswa dan siswi dari bermulanya program sehingga tamat meyakinkan lagi peserta untuk mengaut segala ilmu yang dibawa dari UPSI.

Program ini merupakan langkah awal siswa dan siswi UPSI dalam membina generasi masa depan. Tindakan Biro Akademik dan Kerjaya Kolej Za'ba UPSI yang mewujudkan konsumer program motivasi untuk semua sekolah diseluruh Malaysia merupakan tindakan yang patut disokong dan dijadikan contoh kepada siswa dan siswi lain.

Semoga segala usaha dan cita-cita yang diimpikan siswa dan siswi ini akan menjadi kenyataan dan dapat membantu negara dalam membina generasi pemimpin masa depan.
-salam-

No comments: